KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat
pembetulan dan mencetak semula buku Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR)
ekoran berlaku kesilapan mencetak senarai pemilih pengundi awal di dalam
buku tersebut.
Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata buku DPPR itu
telahpun diedarkan semula kepada Pegawai Pengurus dan calon-calon di
bahagian pilihan raya yang terlibat mulai hari ini melalui pejabat
pilihan raya negeri yang berkenaan.
“SPR juga akan menulis surat kepada pemimpin parti politik yang
terlibat untuk memaklumkan mengenai kesilapan itu dan memastikan bahawa
buku DPPR yang digunakan calon, ejen calon dan petugas SPR di pusat
pengundian awal adalah sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari
ini.
No comments:
Post a Comment